Saturday, November 22, 2008
25.11.2008 Tarikh Penentuan?
1. Pertama kali saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog KRMBP ini.Biasalah, ini kerana mesyuarat agong yang hampir menjelang.
2. Pada 25.11.2008, KRMBP akan mengadakan mesyuarat agong kali pertama.Sehubungan itu, saya meminta agar semua ahli KRMBP hadir untuk menentukan siapa pemimpin KRMBP yang seterusnya.
3. Saya ingin melihat siapakah yang bakal memimpin masa depan KRMBP.Dan saya berharap, KRMBP akan mendapat seorang pengerusi yang tegas, dispin dan memberi komitmen sepenuhnya pada masa akan datang.
4. Tetapi saya berasa sungguh sedih dan kesal kerana pencalonan saudara Izwan telah pun di tolak.Apa yang saya mendapat tahu ialah bahawa saudara Izwan ada masalah tunggakan dengan KRMBP.Dan saya perkara seperti ini tidak patut terjadi,apatah lagi perkara seperti ini telah pun di sabotaj oleh sebelah pihak.
5. Apapun biarlah 25.11.2008 menjadi tarikh penentu untuk masa hadapan KRMBP.Dan sama sama kita menuggu hari yang bersejarah itu.
Saturday, October 18, 2008
PRINSIP PENDEKATAN RAKAN MUDA
RAKAN WAJADIRI
Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda. Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang, kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.
Rakan Muda Masyarakat
Dalam menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat. Program yang berbentuk kemasyrakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan.
RAKAN CINTA ALAM
RAKAN WIRAUSAHA
Ahli Korporat dan Ahli perniagaan generasi muda akan dilatih dan dilahirkan melalui program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan. Teknik keusahawanan serta bantuan yang disediakan akan dapat mewujudkan satu sistem ekonomi Negara yang lebih maju dan berdayasaing didalam semua bidang diperingkat nasional dan global.
Rakan Kecergasan
(Termasuk Sukan Dan Rekreasi)
3 komponen utama aktiviti ini adalah Sukan, Rekreasi dan meningkatkan kecergasan ketahap maksima menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti, menarik, sihat dan berdisiplin.
RAKAN SENI BUDAYA
Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar. Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainya.
Rakan Inovasi
Bakat kreatif, inovatif dan kemahiran semulajadi yang ada dalam diri remaja adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda. Melalui program dan aktiviti serta bimbingan dari tenaga pakar, program ini pastinya akan dapat melahirkan tenaga muda yang mahir, berdaya cipta, moden dan sebagai penyedia tenaga pakar masa hadapan dalam industri teknologi canggih, moden dan mapu berdaya saing di peringkat global.
Blog KRMBP Dalam Penyenggelaraan
2. Masalah ini berpunca kerana kesilapan semasa saya menukar template blog ini.
3. Dan saya berharap masalah ini dapat di selesaikan dengan secepat mungkin.
Thursday, October 16, 2008
Lagu Tema : Yakin Boleh Gemilang!
Masanya telah tiba
Bertekad, Bersemangat
Capai Cita Murnimu
Pewaris Era Jaya
Harapan Bangsa
Berusaha dan Berjaya
Rakan Muda,RakanMuda,Rakan Muda
Mahir,Prihatin,Dinamik
Rakan Muda,Yakin Boleh Gemilang
Monday, October 13, 2008
Kod Amalan Rakan Muda
2. Memberi keutamaan kepada anak muda yang mendaftar diri di bawah Gaya Hidup Rakan Muda.
3. Menganjurkan program yang mengandungi ciri-ciri pembentukan sikap positif, nilai-nilai murni, keagamaan, penyuburan budaya ilmu dan penyerapan akhlak yang baik.
4. Menganjurkan program yang tidak melibatkan kos yang tinggi.
5. Memelihara batasan pergaulan di kalangan peserta lelaki dan perempuan serta menghindarkan perlakuan sumbang.
6. Memastikan program yang dianjurkan tidak mengancam perpaduan dan keselamatan negara.
7. Memberi keutamaan kepada keselamatan dan kebajikan peserta program.
8. Memastikan setiap program yang dianjurkan hendaklah mencapai matlamat program Rakan Muda.
9. Penganjur hendaklah mengamalkan keadilan dan kesamarataan kepada semua peserta tanpa batas agama, bangsa dan ekonomi.
10. Memberi khidmat terbaik kepada peserta setiap masa.
Anugerah Remaja Perdana (ARP)
Program seumpama ini telah dilaksanakan dan berkembang pesat di beberapa buah negara di seluruh dunia dengan pelbagai nama seperti The President Award di Afrika Selatan, Young Canadian’s Challenge di Kanada, The National Youth Achievement Award di Singapura dan berbagai-bagai lagi nama yang telah diberi mengikut kesesuaian negara masing-masing. Apabila program ini diperkenalkan di Malaysia, ia dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Kementerian Belia dan Sukan bertindak sebagai Badan Berkuasa Anugerah Peringkat Kebangsaan yang dikoordinasi dan diuruskan oleh Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
GANGSA -14 TAHUN KE ATAS
Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)
Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)
Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)
Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 12 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 6 jam sehari)
Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 3 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran
PERAK -16 TAHUN KE ATAS
Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)
Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)
Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)
Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 21 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 7 jam sehari)
Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran
EMAS – 17 TAHUN KE ATAS
Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)
Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)
Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)
Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 32 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 8 jam sehari)
Projek Penempatan
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan peserta dalam aktiviti berfaedah bersama dengan masyarakat yang dipilih(melakukan aktiviti pilihan yang berfaedah untuk masyarakat setempat secara berkumpulan selama 5 hari 4 malam berturut-turut)
Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran
PENYERTAAN
Memberi peluang kepada belia yang berumur 13-25 tahun tanpa mengira jantina, agama, budaya mahupun kemampuan fizikal dan mental. Program ini bukan bersifat pertandingan dan lebih menekankan kepada pencapaian serta kemajuan individu. Program ini bersifat sukarela dan sekiranya anda berusia melebihi 25 tahun, anda boleh menjadi sukarelawan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda seperti menjadi pemimpin, mentor, jurulatih, penyelia atau penilai.
TAHAP ANUGERAH
Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Gangsa, Perak dan Emas. Mempunyai 4 komponen wajib iaitu Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Pengembaraan. Kesemua komponen tersebut mempunyai tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan pertauliahan. Peserta anugerah di peringkat Emas perlu melengkapkan satu kategori tambahan, iaitu Projek Penempatan selama 5 hari 4 malam di suatu penempatan yang dipilih, serta ditemani oleh individu yang bukan kenalan.
BADAN OPERASI
Badan operasi adalah terdiri daripada persatuan belia, sekolah, kolej, institusi, agensi bukan kerajaan, badan-badan swasta, sektor korporat atau pasukan beruniform. Orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam Badan Operasi bagi mengendalikan program ini dikenali sebagai Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Antara tugas pemimpin ialah untuk memberi penjelasan mengenai program ini kepada peserta, membantu peserta memilih aktiviti, memperkenalkan peserta dengan jurulatih dan memastikan cabaran yang dipilih oleh peserta adalah bersesuaian dengan peringkat anugerah yang hendak dicapai, serta memastikan kelayakan peserta untuk penganugerahan.
FAEDAH PROGRAM
Program ini adalah program berasaskan semangat kesukarelawan, memberi peluang dan cabaran kepada belia menerusi aspek-aspek berikut :-
1. Menyediakan peluang-peluang baru untuk menyahut cabaran;
2. Membentuk matlamat diri sendiri dan mencapainya;
3. Belajar mengenali diri melalui penemuan sendiri, kualiti peribadi dan kesungguhan;
4. Mampu merancang dan mengatur aktiviti mengikut kemampuan sendiri;
5.Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan berpandangan positif;
6. Belajar bergaul dan berinteraksi dalam masyarakat;
7.Menjadi lebih peka kepada keadaan sekeliling dan persekitaran; dan
8. Membina kebokehan untuk mengatasi segala cabaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Saturday, October 11, 2008
Rukun Rakan Muda
1. Patuh dan berpegang kepada prinsip dan semangat Rukun Negara.
2. Mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang mulia.
3. Mengamalkan semangat kerakanan, kesukarelaan dan setiakawan.
4. Menjaga pergaulan antara jantina dan sesama jantina serta menghindarkan perlakuan sumbang.
5. Meningkatkan ilmu dan kemahiran dipelbagai program yang disertai.
6. Mengamalkan nilai kekeluargaan yang terpuji serta semangat persaudaraan umat manusia sejagat.
7. Mengutamakan keselamatan semasa menyertai program.