Monday, October 13, 2008

Anugerah Remaja Perdana (ARP)

Program Anugerah Remaja Perdana telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 2001. Program ini mengambil sempena Program Duke of Edinburgh’s Award yang telah mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956. Ianya adalah satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja di dalam menanamkan nilai-nilai seperti semangat, bekerjasama dan sebagainya ke arah mencapai personaliti unggul. Program ini adalah satu-satunya program yang mengiktiraf penglibatan golongan muda berusia 14-25 tahun.


Program seumpama ini telah dilaksanakan dan berkembang pesat di beberapa buah negara di seluruh dunia dengan pelbagai nama seperti The President Award di Afrika Selatan, Young Canadian’s Challenge di Kanada, The National Youth Achievement Award di Singapura dan berbagai-bagai lagi nama yang telah diberi mengikut kesesuaian negara masing-masing. Apabila program ini diperkenalkan di Malaysia, ia dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Kementerian Belia dan Sukan bertindak sebagai Badan Berkuasa Anugerah Peringkat Kebangsaan yang dikoordinasi dan diuruskan oleh Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

GANGSA -14 TAHUN KE ATAS
Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 12 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 6 jam sehari)

Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 3 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran

PERAK -16 TAHUN KE ATAS
Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 21 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 7 jam sehari)

Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran

EMAS – 17 TAHUN KE ATAS
Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 32 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 8 jam sehari)

Projek Penempatan
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan peserta dalam aktiviti berfaedah bersama dengan masyarakat yang dipilih(melakukan aktiviti pilihan yang berfaedah untuk masyarakat setempat secara berkumpulan selama 5 hari 4 malam berturut-turut)

Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran

PENYERTAAN

Memberi peluang kepada belia yang berumur 13-25 tahun tanpa mengira jantina, agama, budaya mahupun kemampuan fizikal dan mental. Program ini bukan bersifat pertandingan dan lebih menekankan kepada pencapaian serta kemajuan individu. Program ini bersifat sukarela dan sekiranya anda berusia melebihi 25 tahun, anda boleh menjadi sukarelawan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda seperti menjadi pemimpin, mentor, jurulatih, penyelia atau penilai.

TAHAP ANUGERAH

Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Gangsa, Perak dan Emas. Mempunyai 4 komponen wajib iaitu Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Pengembaraan. Kesemua komponen tersebut mempunyai tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan pertauliahan. Peserta anugerah di peringkat Emas perlu melengkapkan satu kategori tambahan, iaitu Projek Penempatan selama 5 hari 4 malam di suatu penempatan yang dipilih, serta ditemani oleh individu yang bukan kenalan.
BADAN OPERASI

Badan operasi adalah terdiri daripada persatuan belia, sekolah, kolej, institusi, agensi bukan kerajaan, badan-badan swasta, sektor korporat atau pasukan beruniform. Orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam Badan Operasi bagi mengendalikan program ini dikenali sebagai Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Antara tugas pemimpin ialah untuk memberi penjelasan mengenai program ini kepada peserta, membantu peserta memilih aktiviti, memperkenalkan peserta dengan jurulatih dan memastikan cabaran yang dipilih oleh peserta adalah bersesuaian dengan peringkat anugerah yang hendak dicapai, serta memastikan kelayakan peserta untuk penganugerahan.

FAEDAH PROGRAM

Program ini adalah program berasaskan semangat kesukarelawan, memberi peluang dan cabaran kepada belia menerusi aspek-aspek berikut :-

1. Menyediakan peluang-peluang baru untuk menyahut cabaran;

2. Membentuk matlamat diri sendiri dan mencapainya;

3. Belajar mengenali diri melalui penemuan sendiri, kualiti peribadi dan kesungguhan;

4. Mampu merancang dan mengatur aktiviti mengikut kemampuan sendiri;

5.Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan berpandangan positif;

6. Belajar bergaul dan berinteraksi dalam masyarakat;

7.Menjadi lebih peka kepada keadaan sekeliling dan persekitaran; dan

8. Membina kebokehan untuk mengatasi segala cabaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

No comments:

Jom Sembang!

KRMBP CUBE