Wednesday, September 24, 2008

Fasa-fasa

Fasa Pengenalan
Program ini mempunyai empat fasa pelaksanaan iaitu "Fasa Pengenalan" yang bermula semenjak dilancarkan dan berakhir pada 31 Disember 1996 telah berjaya menampilkan satu kesedaran dan minat generasi muda mengenai peluang menyertai pelbagai aktiviti sembilan gaya hidup yang ditawarkan.

Fasa Pembangunan
Melalui "Fasa Pembangunan" yang bermula para 1 Januari 1995 dan berakhir 31 Disember 1996, pelaksanaan program ini lebih menumpukan kepada pengisian program dengan lebih menjurus kepada kandungan program serta system pelaksanaan yang lebih berkesan dengan memberikan tumpuan kepada menangani masalah sosial remaja.

Fasa Pemantapan
Di bawah "Fasa Pemantapan" yang bermula 1 Januari 1997 dan berakhir pada 31 Disember 2000, pelaksanaan program telah disusun semula di mana pelaksanaanya difokuskan mengikut sektor bagi meningkatkan liputan pelaksanaan program dan keberkesanan pembudayaan Gaya Hidup disamping memberi peluang penglibatan yang lebih luas kepada masyarakat dan secara langsung akan mempertingkatkan sokongan masyarakat kepada Program Rakan Muda. Pada masa yang sama just pemantapan Program Rakan Muda meningkatkan imej Program Rakan Muda sedia ada dengan melibatkan peranan 'role model' atau teladan dalam Program Rakan Muda. Ini bertujuan menggerakkan citarasa golongan muda kearah menyertai aktiviti Gaya Hidup yang proaktif dan produktif. Disamping itu juga penjanaan dan pengurusan aktiviti sukarelawan Rakan Muda diperkenalkan dengan memberi pengiktirafan dan insentif kepada golongan sukarelawan Rakan Muda yang komited dan terlibat dalam menganjurkan Program Rakan Muda. Selari dengan arus perkembangan teknologi terkini, Rakan Muda kini menonjolkan perubahan kepada imej baru melalui pembinaan rakan kongsi tulen di kalangan sektor swasta. IT turut menerapkan satu suntikan baru dengan terlancarnya laman web rasmi Rakan Muda.

Fasa Pengembangan
"Fasa Pengembangan" bermula pada 1 Januari 2001 dan akan berakhir pada 31 Disember 2005, Program Rakan Muda akan dikembangkan sehingga menjadi salah satu institusi sosial yang penting dan diiktiraf oleh masyarakat dengan kemudahan insfrastruktur Rakan Muda di seluruh negara yang lengkap. Pelaksanaan program fasa ini akan dilaksanakan oleh masyarakat di mana pengenalan aktiviti-aktiviti baru yang bersesuaian dengan kehendak generasi muda semasa akan diadakan disamping mewujudkan program bercorak pengembangan di dalam pelbagai bidang baru selaras dengan pembangunan negara.

Rakan Muda Fasa II
Pada 29 Mei 2007 Y.A.B Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Rakan Muda Fasa II di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Program Rakan Muda Fasa II merupakan program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development).
Penekanan pendekatan pembangunan belia komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Golongan remaja akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial dan budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda. Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh komunti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini akan membawa golongan remaja dalam arus pembangunan negara. Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup berkenaan, berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut. Di bawah teras ini, tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Gaya Hidup Rakan Muda memberi penekanan kepada elemen pembangunan diri remaja, seperti patriotisme, kesukarelaan, berbudaya, pendidikan moral, pembangunan 3K dan selaras dengan pembentukan modal insan yang di beri penekanan oleh kepimpinan negara.
Rakan Muda Fasa II mengekalkan 7 Gaya Hidup daripada 9 Gaya Hidup dengan diberi nafas baru berdasarkan Falsafah yang dinyatakan di atas. 7 Gaya Hidup tersebut adalah :

Wajadiri
Masyarakat
Cinta Alam
Wirausaha
Kecergasan
Seni Budaya
Inovasi

Disamping itu 3 program baru diperkenalkan bagi memperluaskan lagi skop Program Rakan Muda. Program berkenaan ialah :

Sukarelawan
Wawasan Desa
Jiran Muda

Jom Sembang!

KRMBP CUBE