Thursday, October 16, 2008

Lagu Tema : Yakin Boleh Gemilang!

Masanya telah tiba
Bertekad, Bersemangat
Capai Cita Murnimu

Pewaris Era Jaya
Harapan Bangsa
Berusaha dan Berjaya

Rakan Muda,RakanMuda,Rakan Muda

Mahir,Prihatin,Dinamik

Rakan Muda,Yakin Boleh Gemilang

Monday, October 13, 2008

Kod Amalan Rakan Muda

1. Penganjuran yang menggunakan logo Rakan Muda adalah bertanggungjawab memelihara semangat dan matlamat murni program.

2. Memberi keutamaan kepada anak muda yang mendaftar diri di bawah Gaya Hidup Rakan Muda.

3. Menganjurkan program yang mengandungi ciri-ciri pembentukan sikap positif, nilai-nilai murni, keagamaan, penyuburan budaya ilmu dan penyerapan akhlak yang baik.

4. Menganjurkan program yang tidak melibatkan kos yang tinggi.

5. Memelihara batasan pergaulan di kalangan peserta lelaki dan perempuan serta menghindarkan perlakuan sumbang.

6. Memastikan program yang dianjurkan tidak mengancam perpaduan dan keselamatan negara.

7. Memberi keutamaan kepada keselamatan dan kebajikan peserta program.

8. Memastikan setiap program yang dianjurkan hendaklah mencapai matlamat program Rakan Muda.

9. Penganjur hendaklah mengamalkan keadilan dan kesamarataan kepada semua peserta tanpa batas agama, bangsa dan ekonomi.

10. Memberi khidmat terbaik kepada peserta setiap masa.

Anugerah Remaja Perdana (ARP)

Program Anugerah Remaja Perdana telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 2001. Program ini mengambil sempena Program Duke of Edinburgh’s Award yang telah mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956. Ianya adalah satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja di dalam menanamkan nilai-nilai seperti semangat, bekerjasama dan sebagainya ke arah mencapai personaliti unggul. Program ini adalah satu-satunya program yang mengiktiraf penglibatan golongan muda berusia 14-25 tahun.


Program seumpama ini telah dilaksanakan dan berkembang pesat di beberapa buah negara di seluruh dunia dengan pelbagai nama seperti The President Award di Afrika Selatan, Young Canadian’s Challenge di Kanada, The National Youth Achievement Award di Singapura dan berbagai-bagai lagi nama yang telah diberi mengikut kesesuaian negara masing-masing. Apabila program ini diperkenalkan di Malaysia, ia dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Kementerian Belia dan Sukan bertindak sebagai Badan Berkuasa Anugerah Peringkat Kebangsaan yang dikoordinasi dan diuruskan oleh Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

GANGSA -14 TAHUN KE ATAS
Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 12 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 6 jam sehari)

Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 3 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran

PERAK -16 TAHUN KE ATAS
Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 21 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 7 jam sehari)

Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran

EMAS – 17 TAHUN KE ATAS
Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 32 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 8 jam sehari)

Projek Penempatan
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan peserta dalam aktiviti berfaedah bersama dengan masyarakat yang dipilih(melakukan aktiviti pilihan yang berfaedah untuk masyarakat setempat secara berkumpulan selama 5 hari 4 malam berturut-turut)

Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran

PENYERTAAN

Memberi peluang kepada belia yang berumur 13-25 tahun tanpa mengira jantina, agama, budaya mahupun kemampuan fizikal dan mental. Program ini bukan bersifat pertandingan dan lebih menekankan kepada pencapaian serta kemajuan individu. Program ini bersifat sukarela dan sekiranya anda berusia melebihi 25 tahun, anda boleh menjadi sukarelawan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda seperti menjadi pemimpin, mentor, jurulatih, penyelia atau penilai.

TAHAP ANUGERAH

Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Gangsa, Perak dan Emas. Mempunyai 4 komponen wajib iaitu Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Pengembaraan. Kesemua komponen tersebut mempunyai tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan pertauliahan. Peserta anugerah di peringkat Emas perlu melengkapkan satu kategori tambahan, iaitu Projek Penempatan selama 5 hari 4 malam di suatu penempatan yang dipilih, serta ditemani oleh individu yang bukan kenalan.
BADAN OPERASI

Badan operasi adalah terdiri daripada persatuan belia, sekolah, kolej, institusi, agensi bukan kerajaan, badan-badan swasta, sektor korporat atau pasukan beruniform. Orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam Badan Operasi bagi mengendalikan program ini dikenali sebagai Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Antara tugas pemimpin ialah untuk memberi penjelasan mengenai program ini kepada peserta, membantu peserta memilih aktiviti, memperkenalkan peserta dengan jurulatih dan memastikan cabaran yang dipilih oleh peserta adalah bersesuaian dengan peringkat anugerah yang hendak dicapai, serta memastikan kelayakan peserta untuk penganugerahan.

FAEDAH PROGRAM

Program ini adalah program berasaskan semangat kesukarelawan, memberi peluang dan cabaran kepada belia menerusi aspek-aspek berikut :-

1. Menyediakan peluang-peluang baru untuk menyahut cabaran;

2. Membentuk matlamat diri sendiri dan mencapainya;

3. Belajar mengenali diri melalui penemuan sendiri, kualiti peribadi dan kesungguhan;

4. Mampu merancang dan mengatur aktiviti mengikut kemampuan sendiri;

5.Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan berpandangan positif;

6. Belajar bergaul dan berinteraksi dalam masyarakat;

7.Menjadi lebih peka kepada keadaan sekeliling dan persekitaran; dan

8. Membina kebokehan untuk mengatasi segala cabaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Saturday, October 11, 2008

Rukun Rakan Muda

Bagi mencapai wawasan negara dan kesempurnaan sahsiah serta wibawa diri (Maka Kami) generasi muda peserta program Rakan Muda akan sentiasa mematuhi prinsip berikut:-

1. Patuh dan berpegang kepada prinsip dan semangat Rukun Negara.

2. Mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang mulia.

3. Mengamalkan semangat kerakanan, kesukarelaan dan setiakawan.

4. Menjaga pergaulan antara jantina dan sesama jantina serta menghindarkan perlakuan sumbang.

5. Meningkatkan ilmu dan kemahiran dipelbagai program yang disertai.

6. Mengamalkan nilai kekeluargaan yang terpuji serta semangat persaudaraan umat manusia sejagat.

7. Mengutamakan keselamatan semasa menyertai program.

Friday, October 10, 2008

Majlis Pelancaran Rakan Muda Remaja Siber (29 Jun 2008)

Majlis Pelancaran Rakan Muda Remaja Siber telah berlangsung pada, 29 Jun 2008 (Ahad), bertempat di Pusat Membelih-belah One Utama, Bandar Utama.

Majlis pelancaran yang penuh gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Y.A. Bhg Datin Seri Jeanne Abdullah.


Remaja Siber
adalah suatu konsep baru dimana saluran Internet digunakan sebagai suatu saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan muda.

Tujuannya adalah untuk mencipta satu platfom siber dimana pihak Kementrian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumbalas dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa dan peribadi.

Portal Remaja Siber dan Rakan Muda (www.2-U.com.my) ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang digemari oleh golongan remaja masa kini seperti a) Blog, b) Rakan Virtual seperti Friendster, c) Perkongsian gambar / video seperti YouTube dan sebagainya.

CARA MENGGUNAKAN KAD KEAHLIAN RAKAN MUDA






Menyertai Aktiviti Rakan Muda

Pilih aktiviti yang ingin disertai dengan melawat laman web Rakan Muda di www.2-u.com.my ataupun menghubungi Bahagian Pembangunan Rakan Muda KBS, Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Pejabat Belia dan Sukan Daerah ataupun Badan-badan Sukarela (NGO’s) serta mana-mana agensi yang dilantik oleh KBS untuk menganjurkan aktiviti/program Rakan Muda.

Kad hendaklah dibawa setiap kali menyertai aktiviti bagi tujuan pengesahan.
Kad akan dileretkan ke terminal oleh pegawai yang bertugas dan kehadiran akan direkod ke dalam sistem pengkalan data.
Menikmati Diskaun dan Promosi

Kunjungi premis Rakan Niaga yang mengambil bahagian sebagai penaja atau ‘sponsor’.

Pilih barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga istimewa kepada ahli yang memiliki Kad Rakan Muda.
Tunjukkan Kad Rakan Muda anda kepada juruwang semasa membuat bayaran bagi tujuan pengesahan.
Mengumpul Mata Ganjaran

Kunjungi premis Rakan Niaga yang mengambil bahagian sebagai penaja atau ‘sponsor’.

Pilih barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga istimewa kepada ahli yang memiliki Kad Rakan Muda.
Tunjukkan Kad Rakan Muda anda kepada juruwang semasa membuat bayaran bagi tujuan pengesahan dan kad akan dileretkan ke terminal kad bagi tujuan pengumpulan mata ganjaran.

Daftar Kad Keahlian Rakan Muda Secara Online VS. Melalui Penggerak Rakan Muda




1. Allhamdulillah hari ni penulis baru sahaja mendapat Kad Keahlian Rakan Muda yang di daftar secara online yang di daftar sudah sekian lama.

2. Memang tidak di nafikan bahawa mendaftar memalui online ini terlalu lambat. Dan saya percaya yang Kad Keahlian itu tidak akan sampai kerana sudah lama saya mendaftarkan nya di laman web rasmi Rakan Muda iaitu http://www.2-u.com.my.

3. Saya amat mengharap pihak berwajib yang mengedalikan proses pembuatan kad ini mempercepatkan proses ini dan memperbaiki cara proses yang sedia ada ini.

4. Satu perkara lagi, kepada sesiapa yang ingin mendaftarkan kad ini bolehlah mendaftar terus di Penggerak Rakan Muda yang berdekatan.Kalau mendaftarkan di sana, anda akan mendapat secara serta merta.Dan sebelum ini saya tidak tahu bahawa kita boleh mendaftar terus melalui Penggerak Rakan Muda.

5. Apa apa pun , saya bersyukur kerana sudah mendapat kad keahlian saya. Anda pula bagaimana?

Jom Sembang!

KRMBP CUBE