Friday, October 10, 2008

Tahniah Kepada Saudara Samsul!



1. Di sini kami mengucapkan tahniah kepada saudara Samsul kerana menjadi salah seorang ahli KRMBP.

2. Dan juga, Syabas juga kepada beliau kerana di lantik menjadi exco rakan cinta alam Balik Pulau.

3. Semoga beliau dapat menjalankan tugas beliau dengan baik.Dan saya mengharap beliau boleh lah mengadakan perkhemahan 'extreme' nanti.

Remaja Siber


Remaja Siber adalah suatu konsep baru dimana saluran Internet digunakan sebagai suatu saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan muda.
Tujuannya adalah untuk mencipta satu platfom siber dimana pihak Kementrian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumbalas dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa dan peribadi.
Portal Remaja Siber dan Rakan Muda (www.2-U.com.my) ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang digemari oleh golongan remaja masa kini seperti a) Blog, b) Rakan Virtual seperti Friendster, c) Perkongsian gambar / video seperti YouTube dan sebagainya.
Portal ini akan dilancarkan oleh Y.A. Bhg. Datin Seri Jeanne Abdullah dan Y.B. Dato' Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, pada 29 Jun di Kompleks Membeli-belah One Utama.
Apakah pendapat anda tentang inisiatif ini?

Danial will be the next chairman club of rakan muda bayan baru?


1. Rumors Danial become a chairman club of rakan muda bayan baru. I heard supreme election of club rakan muda bayan baru on this month.

2. If he will be won in election, I so proud with him. Because before this , he had Exco position in KRMBP.

3. And I believe , he can changed that club to be succesfully.

Thursday, October 9, 2008

Program Dan Aktiviti Yang Akan Datang

1. allhamdullillah... bersyukur ke hadrat Illahi setelah sebulan kita semua berpuasa dan kini raya menjelma.

2. Di sini kami warga Kelab Rakan Muda Balik Pulau berbincang mengenai Progam dan aktiviti yang akan datang.

3. Baru baru KRMBP menerima peruntukan kerana antara kelab rakan muda yang aktif dalam negeri Pulau Pinang.

4. sehubungan itu , kami semua telah berbincang akan mengadakan program dalam masa yang terdekat. Dan antara program itu sudah tentulah program yang menarik. Ini kerana khabar angin bertiup kencang mengatakan salah satu program ini di buat di luar negeri Pulau Pinang.

5. Jadi kita semua Ahli KRMBP di harap kita bersabar menunggu apakah program yang di perkatakan itu.

Wednesday, October 8, 2008

Mesyuarat Agong Rakan Muda Balik Pulau

Mesyuarat Agong Rakan Muda Balik Pulau akan Di adakan dalam bulan 12 ini. Agak menarik bunyinya , kerana kita semua akan tertanya-tanya siapakah pengerusi yang seterusnya akan memimpin kelab ini. Adakah Timbalan Pengerusi akan bertanding pada jawatan Pengerusi nanti? ataupun kita semua akan melihat satu keajaiban? .Adakah saudara Izwan selaku Timbalan Pengerusi sekarang sudah bersedia untuk memimpin kelab ini. Saya pun belum pasti lagi, tapi apa yang saya harapkan ialah tak kira siapa pun yang akan menjadi pengerusi nanti , beliau hendaklah menjalankan tugasnya dengan baik. Apapun sekarang , kita tunggu dan lihat keputusan mesyuarat agong nanti.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum ..
Kami semua warga Kelab Rakan Muda Balik Pulau mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua belia dan beliawanis di kawasan ini.Dan kesempatan ini kami semua ingin meminta maaf zahir dan batin andaikata ada salah dan silap dari pihak kami.
Semoga hari lebaran ini akan merapatkan tali sillaturahim antara kita semua.

Wednesday, September 24, 2008

Fasa-fasa

Fasa Pengenalan
Program ini mempunyai empat fasa pelaksanaan iaitu "Fasa Pengenalan" yang bermula semenjak dilancarkan dan berakhir pada 31 Disember 1996 telah berjaya menampilkan satu kesedaran dan minat generasi muda mengenai peluang menyertai pelbagai aktiviti sembilan gaya hidup yang ditawarkan.

Fasa Pembangunan
Melalui "Fasa Pembangunan" yang bermula para 1 Januari 1995 dan berakhir 31 Disember 1996, pelaksanaan program ini lebih menumpukan kepada pengisian program dengan lebih menjurus kepada kandungan program serta system pelaksanaan yang lebih berkesan dengan memberikan tumpuan kepada menangani masalah sosial remaja.

Fasa Pemantapan
Di bawah "Fasa Pemantapan" yang bermula 1 Januari 1997 dan berakhir pada 31 Disember 2000, pelaksanaan program telah disusun semula di mana pelaksanaanya difokuskan mengikut sektor bagi meningkatkan liputan pelaksanaan program dan keberkesanan pembudayaan Gaya Hidup disamping memberi peluang penglibatan yang lebih luas kepada masyarakat dan secara langsung akan mempertingkatkan sokongan masyarakat kepada Program Rakan Muda. Pada masa yang sama just pemantapan Program Rakan Muda meningkatkan imej Program Rakan Muda sedia ada dengan melibatkan peranan 'role model' atau teladan dalam Program Rakan Muda. Ini bertujuan menggerakkan citarasa golongan muda kearah menyertai aktiviti Gaya Hidup yang proaktif dan produktif. Disamping itu juga penjanaan dan pengurusan aktiviti sukarelawan Rakan Muda diperkenalkan dengan memberi pengiktirafan dan insentif kepada golongan sukarelawan Rakan Muda yang komited dan terlibat dalam menganjurkan Program Rakan Muda. Selari dengan arus perkembangan teknologi terkini, Rakan Muda kini menonjolkan perubahan kepada imej baru melalui pembinaan rakan kongsi tulen di kalangan sektor swasta. IT turut menerapkan satu suntikan baru dengan terlancarnya laman web rasmi Rakan Muda.

Fasa Pengembangan
"Fasa Pengembangan" bermula pada 1 Januari 2001 dan akan berakhir pada 31 Disember 2005, Program Rakan Muda akan dikembangkan sehingga menjadi salah satu institusi sosial yang penting dan diiktiraf oleh masyarakat dengan kemudahan insfrastruktur Rakan Muda di seluruh negara yang lengkap. Pelaksanaan program fasa ini akan dilaksanakan oleh masyarakat di mana pengenalan aktiviti-aktiviti baru yang bersesuaian dengan kehendak generasi muda semasa akan diadakan disamping mewujudkan program bercorak pengembangan di dalam pelbagai bidang baru selaras dengan pembangunan negara.

Rakan Muda Fasa II
Pada 29 Mei 2007 Y.A.B Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Rakan Muda Fasa II di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Program Rakan Muda Fasa II merupakan program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development).
Penekanan pendekatan pembangunan belia komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Golongan remaja akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial dan budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda. Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh komunti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini akan membawa golongan remaja dalam arus pembangunan negara. Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup berkenaan, berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut. Di bawah teras ini, tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Gaya Hidup Rakan Muda memberi penekanan kepada elemen pembangunan diri remaja, seperti patriotisme, kesukarelaan, berbudaya, pendidikan moral, pembangunan 3K dan selaras dengan pembentukan modal insan yang di beri penekanan oleh kepimpinan negara.
Rakan Muda Fasa II mengekalkan 7 Gaya Hidup daripada 9 Gaya Hidup dengan diberi nafas baru berdasarkan Falsafah yang dinyatakan di atas. 7 Gaya Hidup tersebut adalah :

Wajadiri
Masyarakat
Cinta Alam
Wirausaha
Kecergasan
Seni Budaya
Inovasi

Disamping itu 3 program baru diperkenalkan bagi memperluaskan lagi skop Program Rakan Muda. Program berkenaan ialah :

Sukarelawan
Wawasan Desa
Jiran Muda

Jom Sembang!

KRMBP CUBE