Tuesday, January 27, 2009

Selamat Tahun Baru Cina


1. Pertama sekali kami dari pihak KRMBP ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang berbangsa cina yang berada di seluruh Malaysia khususnya yang berada di daerah barat daya,Pulau Pinang.

2. Walaupun di dalam KRMBP tiada seorang yang berbangsa cina, tetapi kami sangat mengalu-ngalukan kedatangan semua bangsa malaysia di dalam KRMBP.

3. Dengan adanya bangsa lain didalam KRMBP,dapatlah kita mengeratkan lagi perpaduan di antara kalangan kita semua di dalam KRMBP malahan di luar juga.

Thursday, January 22, 2009

Alumni PJKN

Harap Maaf atas kelewatan update. Terdapat masalah teknikal yang berlaku. Harap maklum

Aktiviti: Alumni PJKN Daerah Timur Laut
Lokasi: Taman Rimba, Teluk Bahang
Masa: Julai 2008








Wednesday, January 21, 2009

Pengerusi KRMBP tidak dapat bersama dalam masa 3-4 bulan?

assalamualaikum..

1. Pertama sekali saya ingin mengumumkan bahawa saudara Samsul iaitu pengerusi baru KRMBP tidak dapat bersama dengan KRMBP dalam tempoh 3-4 atas alasan kerana beliau
terpaksa menyambung pengajian beliau di Universiti Utara Malaysia atas sebab sebab tertentu.


2. Dan sekarang ini saudara Izwan selaku Timbalan pengerusi akan memangku jawatan beliau dalam tempoh ketiadaan saudara Samsul.

3. Cuma yang saya harap sekarang KRMBP pada penggal 2009/2010 dalam keadaan baik dan tidak banyak timbul banyak masalah.Dan saya yakin saudara pengerusi baru ini dapat menyelesaikan beberapa banyak masalah di dalam KRMBP.

Saturday, January 17, 2009

Aktiviti Rakan Muda Wirausaha

Anda berminat berniaga??... Jika berminat inilah masa yang sesuai... salah satu aktiviti Gaya Hidup Wirausaha... Bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang, setiap hari sabtu bertempatan di perkarangan Stadium Bukit Jalil... anda boleh berniaga apa sahaja barangan yang di fikirkan sesuai kecuali barangan yang menyalahi undang-undang dan merbahaya. Tiada bayaran dikenakan, tapak untuk berniaga di sediakan... untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian: 0122932982

Borang Penyertaan Program Rakan Wirausaha (Youth Square)

Klik pada gambar diatas ataupun disini untuk muatturun borang. Terima kasih.

Friday, January 2, 2009

Karnival Rakan Muda USM



Tarikh : 9 -11 Januari 2009
Tempat : USM Pulau Pinang(induk).
Aktiviti : Paintball, Graffiti Wall, Auto Show, Wall Climbing, Pameran Rakan Muda,
Go-Mobile, Explorace, Battle of The Bands, Sukaneka Tradisional dan
pelbagai lagi aktiviti menarik.

Jom Sembang!

KRMBP CUBE